Kemelut antara ahli politik Datuk Shahrul Nasrun dan bekas isterinya, Fatin Amyra, masih belum menemui noktah apabila Shahrul tampil lantang di Instagram Story dengan beberapa pendedahan mengejutkan.
Sebagai reaksi terhadap situasi itu, Shahrul mendakwa dirinya masih berada di bawah pemantauan bekas isteri walaupun mereka telah sah bercerai sejak Julai 2024.
Jangan tunjuk kita baik sangat…
Dalam hantaran berkenaan, Shahrul mempertikaikan tindakan bekas isteri yang didakwanya masih cuba meraih perhatian tidak wajar. Malah, dia mendakwa wanita itu pernah meninggalkan anak demi keluar ke kelab malam hingga ke pagi.
Shahrul turut menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk melayan ‘drama’ yang ditimbulkan kerana enggan membuang masa.
Menurutnya, tidak perlu baginya memberi penjelasan lanjut kerana dia sudah tidak lagi berada dalam posisi sebagai ‘mangsa’ dalam kehidupan wanita itu.
Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak terlalu mengagungkan bekas isterinya, kerana baginya kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.
Bagi Shahrul, ketenangan hati jauh lebih penting daripada rupa paras mahupun harta benda.
Lebih mengejutkan, Shahrul turut berkongsi foto sebuah kad pengesan (tracker card) yang didakwanya telah disorok dalam dompetnya. Katanya, kad itu hanya dinyahaktif pada 6 April , sehari sebelum dia pulang ke kampung menyambut Hari Raya.
Walaupun dilanda konflik, Shahrul tetap menunjukkan kematangan dengan menghargai peranan bekas isterinya sebagai ibu kepada anak-anak mereka. Dia menegaskan tidak pernah menganggap wanita itu sebagai musuh dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya, sambil mengakui telah berusaha sebaik mungkin dalam perkahwinan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.