Dakwa Barang Kemas Ada “Chrome” Tak Laku Dijual Semula, Ini Taktik Peniaga Kaut Untung Lebih.

Trending

Dakwa Barang Kemas Ada “Chrome” Tak Laku Dijual Semula, Ini Taktik Peniaga Kaut Untung Lebih.

Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. Tauke kata, “Amoi, ini talak laku. Wa ambik murah-murah saja. Kalau lu jual tempat lain, olang talak ambik.”

Advertisement

Orang kita lebih percayakan tauke Cina dan tak percaya dengan kita. Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih.

Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.

Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih.

Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.

Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula.

Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.

Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’.

Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.

Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa.

Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.

Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga.

Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting.

Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.

Kredit : Syafikah Shafiee

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...