Dakwa Arwah Bapa Tanggung Dosa Buka Aurat, Alya Iman Bidas Netizen – “Tanggungjawab Dia Dah Selesai..”

Hiburan

Dakwa Arwah Bapa Tanggung Dosa Buka Aurat, Alya Iman Bidas Netizen – “Tanggungjawab Dia Dah Selesai..”

Sebelum ini, pelakon, Alya Iman mengakui dia memakai tudung hanya kerana ingin menghormati Allahyarham bapanya, Azmil Mustapha yang menyuruh dirinya untuk menutup aurat sejak kecil.

Walaupun mengetahui arwah bapanya tidak gembira dengan keputusan itu, Alya atau Nur Alya Iman Azmil berkata bapanya pasti akan menerima apa sahaja yang dilakukan olehnya.

Advertisement

Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram telah mempersoalkan tanggungjawab seorang bapa yang menanggung dosa anak perempuan yang tidak menutup aurat sekiranya masih belum berkahwin.

Menerusi ruangan komen, individu berkenaan telah memberi peringatan kepada pelakon berusia 22 tahun itu untuk menutup aurat agar roh bapanya tenang.alya

Tampil membalas komen tersebut, Alya menjelaskan bahawa tanggungjawab arwah bapanya sudahpun selesai di dunia.

Dalam pada itu, pelakon Lelaki Kelas Sebelah itu turut menyertakan pautan penjelasan daripada mufti yang menjawab persoalan mengenai dosa anak perempuan yang masih belum berkahwin ditanggung oleh bapa.

alya

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang meminta individu berkenaan untuk tidak lagi melibatkan seseorang yang sudah meninggal dunia.

alya

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Disuruh Tutup Aurat Sejak Kecil, Alya Iman Mengaku Pakai Tudung Sebab Arwah Bapa

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...