Sebelum ini, pelakon, Alya Iman mengakui dia memakai tudung hanya kerana ingin menghormati Allahyarham bapanya, Azmil Mustapha yang menyuruh dirinya untuk menutup aurat sejak kecil.
Walaupun mengetahui arwah bapanya tidak gembira dengan keputusan itu, Alya atau Nur Alya Iman Azmil berkata bapanya pasti akan menerima apa sahaja yang dilakukan olehnya.
Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram telah mempersoalkan tanggungjawab seorang bapa yang menanggung dosa anak perempuan yang tidak menutup aurat sekiranya masih belum berkahwin.
Menerusi ruangan komen, individu berkenaan telah memberi peringatan kepada pelakon berusia 22 tahun itu untuk menutup aurat agar roh bapanya tenang.
Tampil membalas komen tersebut, Alya menjelaskan bahawa tanggungjawab arwah bapanya sudahpun selesai di dunia.
Dalam pada itu, pelakon Lelaki Kelas Sebelah itu turut menyertakan pautan penjelasan daripada mufti yang menjawab persoalan mengenai dosa anak perempuan yang masih belum berkahwin ditanggung oleh bapa.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang meminta individu berkenaan untuk tidak lagi melibatkan seseorang yang sudah meninggal dunia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.