Dakwa Anak Murid ‘Tak Normal’ Sebab Suka Menangis Dalam Kelas, Cikgu Tadika Ini Dikecam Netizen

Kehidupan

Dakwa Anak Murid ‘Tak Normal’ Sebab Suka Menangis Dalam Kelas, Cikgu Tadika Ini Dikecam Netizen

Tular di media sosial Facebook hari ini apabila seorang wanita mengadu anaknya dikatakan tidak normal dan tidak mempunyai kesedaran untuk belajar oleh seorang pendidik yakni cikgu tadika yang dihadiri anaknya itu.

Dalam perkongsian luahan rasanya itu, anaknya yang baru berusia 5 tahun itu dikatakan sering menangis di dalam kelas dan telah menganggu sesi pembelajaran dan pengajaran dengan anak-anak murid yang lain.

Advertisement

Kata wanita itu, dia ada mengajar anaknya dengan pendidikan asas sebelum ke sekolah yang dipercayai sebuah tadika perpaduan.

Ya Allah sedihnya, baru 4 hari anak ke sekolah cikgu dah WhatsApp macam ni, tak normal ke kanak-kanak lima tahun menangis ke sekolah?

Budak 5 tahun dikatanya tak ada kesedaran nak belajar, sedih betul sampai macam ni cikgu pandang anak saya.

Dalam tangkap layar perbualan antara wanita itu dengan cikgu tadika berkenaan, anaknya dikatakan sering merengek dan dilihat tidak berminat untuk ke sekolah.

FacebookSumber : Facebook 

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai warga maya meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara cikgu berkenaan mengajar anak-anak muridnya di dalam kelas.

Ada juga yang berpendapat bahawa adalah normal untuk kanak-kanak berusia 4-5 tahun menangis ketika di awal sesi persekolahan kerana masih belum ‘terbiasa’ dengan suasana yang abru.

“Aduh kenapa cikgu macam ni..budak-budak 5 tahun menangis diawal persekolahan tu biasa anak saya dulu pun macam tu lama-lama dia akan ok. Tugas cikgu untuk buat anak tu selesa dan gembira berada di persekitaran sekolah bukan cakap macam tu..” komen seorang netizen.

tiktok sengau elak scam
2 years ago

(VIDEO) “Cancel Kena 'Scam'..”- Berlakon Sengau Jawab Panggilan Scammer, Wanita Ini Undang Tawa Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...