Dakwa Air Rebusan Cengkih Boleh Rawat Covid-19, Doktor Ini Beri Penjelasan..

COVID-19

Dakwa Air Rebusan Cengkih Boleh Rawat Covid-19, Doktor Ini Beri Penjelasan..

Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang, sudah banyak info dan maklumat yang diperoleh oleh masyarakat. Terdapat juga beberapa info yang tidak sahih turut disebarkan kepada orang ramai dan berkemungkinan besar ianya hanya bertujuan untuk meraih perhatian sahaja.

Tular di laman sosial berhubung satu maklumat yang menyatakan dengan menghidu air wap rebusan cengkih boleh merawat penyakit virus Covid-19. Dilaporkan, kebanyakan maklumat seperti ini dipercayai telah tersebar di dalam group Whatsapp. 

Advertisement

Ini juga berhubung dengan satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dimana dia menemui air rebusan cengkih di dalam water heater di rumahnya yang direbus oleh ayahnya.

Oleh itu, perkara ini mendapat perhatian daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Mahyuddin Mohamed yang memuat naik status di Facebook berkaitan individu yang menghidu wap bunga cengkih.

Menurutnya, jika mana-mana individu yang mempunyai gejala selsema, sakit tekak, batuk dan sukar untuk bernafas segera ke hospital.

“Katanya mahu tolong frontliner. Kalau mahu tolong, segera ke hospital, bukannya pergi hidu wap cengkih”

Jika kelewatan individu terlibat ke hospital mungkin mereka akan bertukar daripada kategori 1 atau 2 ke kategori yang lebih teruk dan memerlukan mesin pernafasan malah boleh sampai membahayakan nyawa.

“Tiada kajian yang membuktikan keberkesanan cara seperti ini, malah menghidu wap panas boleh menyebabkan inhalation injury atau kerosakan salur pernafasan”

Dr Mahyuddin juga berkata, jika dengan menghidu wap air rebusan cengkih boleh merawat Covid-19, maka tak perlulah membazir jutaan wang ringgit untuk beli vaksin, buat pusat pemberian vaksin dan sediakan wad dan ICU untuk pesakit Covid-19.

Apa-apapun diharap masyarakat mengambil tindakan yang sewajarnya jika mempunyai gejala-gejala penyakit Covid-19.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...