Dakwa Quran Tidak Suruh Tutup Rambut, Feminis Maryam Lee Ditempelak Ulama Saudi

Trending

Dakwa Quran Tidak Suruh Tutup Rambut, Feminis Maryam Lee Ditempelak Ulama Saudi

Ramadan lepas, seorang wanita pernah menimbulkan perdebatan dalam talian kerana mengadu diganggu ketika makan di sebuah restoran awam pada waktu siang di bulan Ramadan.
Untitled-1
Wanita itu yang tidak boleh berpuasa kerana uzur mengkritik sikap sesetengah umat Islam yang menegurnya kerana makan di khalayak ramai sedangkan dia tidak wajib berpuasa.


Menurut wanita itu, Maryam Lee, seorang aktivis feminisme, orang Melayu beragama Islam sepatutnya menumpukan kepada diri mereka sendiri sebelum bertindak sebagai polis moral terhadap ibadat yang dilakukan oleh orang lain.

Terbaru, Maryam yang sudah membuka tudungnya mengkritik ibu bapa yang melatih anak memakai tudung seawal dua tahun, memberitahu yang perbuatan seperti itu ‘melukakan hatinya’.

Advertisement

Maryam mendakwa dipaksa memakai tudung oleh keluarganya sejak kecil dan diugut dengan kekerasan fizikal supaya mengenakan tudung, yang membuatkan hidupnya tidak bahagia.

‘Tragedi’ dalam kehidupan Maryam ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menanggalkan tudung pada usia 25 tahun dan menjadi dirinya sendiri.

Image21
Image22

Bukan itu saja, Maryam telah menimbulkan perdebatan di Twitter apabila mendakwa dalam Al-Quran tidak pernah dinyatakan bahawa rambut perlu ditutup, sebaliknya dalam ayat tersebut hanya dinyatakan bahawa kain kerudung kepala perlu dilabuhkan bagi menutup dada.

Image01
Image02

Menurut Mariam, pemakaian tudung dalam masyarakat Islam Malaysia sebenarnya hanya tuntutan adat, bukan tuntutan agama Islam.

Siapakah penulis buku Jilbab yang disebut oleh Maryam Lee? 

Image06

Image08

Maryam juga setakat ini mengelak dari menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya mengenai kenyataan itu secara langsung, sebaliknya hanya menyatakan sumbernya ialah ulama kontemporari Indonesia,  Prof. Quraish Shihab yang ditemuinya secara peribadi di negara itu. Dia juga berkata, sejak dua tiga hari lepas, dia mempelajari bahawa  perkara terbaik yang patut dilakukannya dalam memberi pendapat tentang agama ialah dengan memberi pendapat menggunakan bahasa Arab.

Jadi, seorang pengguna Twitter telah bertanya kepada bekas  Imam Besar Masjid Jeddah, Sheikh Assim bin Luqman al-Hakeem yang kini bertugas sebagai pemberi Khutbah Jumaat di masjid itu mengenai kebenaran kenyataan yang dibuat oleh Maryam sebagai seorang ulama dan juga sebagai pengguna bahasa Arab sebagai bahasa pertama.Image05

Dan dia menjawab:

Image04

Seorang pengguna Twitter, @RahmanEllias, memberi penerangan yang penetapan hukum dalam Islam bukan bersandarkan kitab Al-Quran semata-mata, juga kepada Hadith dan Ijma’ oleh para ulama:

Image09

Image10

Image11

Image12

Image13

Image14

Image15

Image16

Image17

Image18

Image19

Nampaknya Maryam tidak mampu menyatakan hujah-hujah bagi menyokong pendapatnya secara ilmiah, sebaliknya mengkritik masyakarat yang mempersoalkan kenyataannya dengan memberi bayangan melalui tweetnya  yang masyarakat Islam Malaysia tidak bersikap terbuka untuk berbincang dan tidak memahami bahasa Arab seperti dirinya.

Namun begitu, setelah ditempelak Sheikh Assim, Maryam masih tidak mampu memberikan sebarang jawapan yang konkrit, hanya merujukkan Netizen kepada Prof Quraish yang mengakui hujah yang digunakannya untuk mengatakan menutup rambut tidak wajib juga lemah tetapi ini gagal dinyatakan oleh Maryam dalam kenyataan asalnya.

Sememangnya agak mengecewakan apabila gadis-gadis Muslim di Amerika Syarikat berusaha mempertahankan untuk memakai tudung di sebuah negara di mana mereka cenderung digelar pengganas, sedangkan ada gadis Malaysia pula menganggapnya seperti satu masalah yang membelenggu kehidupan mereka.

amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

23 Comments

  1. kucing

    August 11, 2017 at 1:43 pm

    tanpa rambut pun kepala masih ada. tanpa kepala. adakah rambut wujud??????. jadi siapakah si rambut itu. rupanya si rambut hanyalah penumpang di kepala. hahahahahah

  2. kucing

    August 11, 2017 at 1:13 pm

    islam ada penyuluh selepas zaman jahiliah. zaman jahiliah pun ramai cerdik pandai tp di sebut zaman jahiliah. sbb pandai2 dia pun level tetap jahil. semoga kita tidak tergolong dalam kejahilan.

Loading...