Penyanyi Daiyan Trisha bertindak untuk tidak mengulas lanjut berkenaan foto dirinya yang disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab di sebuah laman web “Tumblr” baru-baru ini.
Sekeping fotonya sedang menjelir lidah ditulis dengn ayat lucah turut dipaparkan di laman berkenaan. Menurut Daiyan, beliau kini hanya sekadar memohon agar semua pihak melaporkan akaun tersebut.
“Minta maaf saya taknak komen apa-apa. Saya harap semua orang boleh laporkan laman web itu.”
Tambah Daiyan, beliau menegaskan dirinya sudah mengetahui tentang foto yang tersebar di laman tersebut.
Terdahulu seorang pengguna laman Twitter meluahkan rasa marah dengan sikap lelaki yang tidak bermoral kerana sengaja mencetuskan sifat marah kaum hawa dengan menggunakan foto para gadis sebagai tempat melepaskan nafsu.
“Apa sahaja yang anda katakan, lelaki sangat menjijikkan.”
Untuk rekod, sekitar tahun 2017, Daiyan Trisha mendedahkan dirinya sering menerima foto lucah seperti gambar alat sulit lelaki menerusi laman Instagram. Tambahnya beliau langsung tidak melakukan apa-apa tindakan malah membiarkan sahaja tanpa membalas atau memberi amaran kerana tidak mahu melayan perkara tersebut.
Sumber: Gempak