August 20th, 2018

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai penyanyi memilih melakukan gimik apabila ingin melancarkan single, album atau video muzik terbaharu. Gimik ini mula diperkenalkan oleh penyanyi Nabila Razali dan kemudiannya Haqiem Rusli. Jika Nabila menggunakan gimik ‘kecurangan; pelakon Aedy Ashraff terhadapnya, Haqiem pula dikatakan menggunakan ‘depresi’ sebagai gimik pelancaran lagunya.

‘Pernikahan’ Daiyan sebelum ini mendapat liputan akhbar-akhbar arus perdana, justeru ramai mempercayai bahawa Daiyan benar-benar bernikah semalam (19 Ogos). Malah, sewaktu dihubungi penyampai Radio Era, Raden, Daiyan mengakui akan bernikah tarikh itu walaupun enggan bercerita tentang calon suaminya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Bagiamanapun, pada hari yang diperkatakan, Daiyan telah memuat naik status di Instagram memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak bertunang atau bernikah pada 19 Ogos, sebaliknya gambarnya seolah-olah mengenakan busana pernikahan ialah gambar muka hadapan singlenya

Susulan itu, Daiyan Trisha pula menerima kecaman Netizen yang merasakan gimik ‘pernikahan’ yang digunakan untuk memperkenalkan singlenya sebagai tidak perlu dan ‘macam tahi’:

Tweet asal tersebut kini telah mendapat lebih 11 ribu RT yang secara majoriti kesal dengan gimik perkahwinan tersebut yang dianggap sama serius seperti menggunakan gimik kemurungan untuk pelancaran lagu. – beautifulnara.com


24 responses to “Daiyan Trisha Dikecam Gimik Pernikahan ‘Macam Tahi’”

  1. Ezz says:

    Biasa la dia kan promosi single.. kena la trill sikit… artis luar pun buat bgitu… itu pn mau marah hahaha lucu la kamu ni..

  2. mira says:

    bkn sume org follow die beb…bknnye artis terkenal pun org sibuk2 nak follow die..

  3. Anonymous says:

    yg kesiannye korang lah, ape laa dumb sgt, aku follow die n tgk die upload tu pon aku tau mesti utk ape2 produk launching ke, takkan laa ko blom kawen dah up gmbr kawen pakai baju kawen siap cincin bagai, common sense bro. lainlaa if die amek gmbr pre wedding ke ape.

    • mira says:

      bkn sume org follow die beb…bknnye artis terkenal pun org sibuk2 nak follow die..

    • minah says:

      aku pun pikir sama aritu…klau baru nk kawin ..apasal dah pakai baju kawin..ambik gmbar segala? sure ada something nyer tu…

  4. Anonymous says:

    Ko nie xde keunikan atau erti kata lain xde bakat. Amelia rap die pon sibuk nk rap. Tp sebutan kelaut sme kelaut dgn lagu ko. Jgn perasan eh. Org bergimik ko nk juge. Bile lah nk matang retis2 malaysia nie.

  5. kl says:

    suara & lagu bukan sedap mana pun
    kucing aku bising lapar lagi merdu

Loading...