Sejak kebelakangan ini, semakin ramai penyanyi memilih melakukan gimik apabila ingin melancarkan single, album atau video muzik terbaharu. Gimik ini mula diperkenalkan oleh penyanyi Nabila Razali dan kemudiannya Haqiem Rusli. Jika Nabila menggunakan gimik ‘kecurangan; pelakon Aedy Ashraff terhadapnya, Haqiem pula dikatakan menggunakan ‘depresi’ sebagai gimik pelancaran lagunya.
‘Pernikahan’ Daiyan sebelum ini mendapat liputan akhbar-akhbar arus perdana, justeru ramai mempercayai bahawa Daiyan benar-benar bernikah semalam (19 Ogos). Malah, sewaktu dihubungi penyampai Radio Era, Raden, Daiyan mengakui akan bernikah tarikh itu walaupun enggan bercerita tentang calon suaminya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Bagiamanapun, pada hari yang diperkatakan, Daiyan telah memuat naik status di Instagram memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak bertunang atau bernikah pada 19 Ogos, sebaliknya gambarnya seolah-olah mengenakan busana pernikahan ialah gambar muka hadapan singlenya
Susulan itu, Daiyan Trisha pula menerima kecaman Netizen yang merasakan gimik ‘pernikahan’ yang digunakan untuk memperkenalkan singlenya sebagai tidak perlu dan ‘macam tahi’:

Klau dah masuk metro bagai, takkan la kau expect orang2 kawasan perumahan kau je yg akan tau adoiiii common sense la siss
— Abe (@ilyas_tarmizi) August 19, 2018
buto la dia ngaku dekat era kot yg dia nak nikah aku pun bodo gi caye sial lah
— kim ?? (@hakimrusdi1) August 19, 2018
yee doo, “ye saya akan berkahwin ahad ni” TAHINYA PERANGAI
— ? (@hfzreth) August 19, 2018
Tweet asal tersebut kini telah mendapat lebih 11 ribu RT yang secara majoriti kesal dengan gimik perkahwinan tersebut yang dianggap sama serius seperti menggunakan gimik kemurungan untuk pelancaran lagu. – beautifulnara.com