“Daifnya, Tuhan Je Yang Tahu” – Bagai Tunggu Masa Nak Roboh, Dinding Kotor Air ‘Leaking’, Ramai ‘Frust’ Keadaan Jabatan Kecemasan HKL

Kehidupan

“Daifnya, Tuhan Je Yang Tahu” – Bagai Tunggu Masa Nak Roboh, Dinding Kotor Air ‘Leaking’, Ramai ‘Frust’ Keadaan Jabatan Kecemasan HKL

Perkongsian seorang lelaki tentang Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini mendapat pelbagai respon daripada warganet di X.

Kata lelaki tersebut menerusi hantaran itu, sesiapa yang berkunjung ke jabatan kecemasan itu pasti akan membuka mata selepas masuk ke bahagian dalam.

Advertisement

keadaan kecemasan HKL

 

Keadaan daif

Seorang wanita memberi respon terhadap hantaran itu dan menceritakan pengalamannya ketika dia ke jabatan kecemasan HKL sebelum ini

Ya Tuhan, daifnya Tuhan je yang tahu. Macam tinggal masa nak roboh je dengan dinding kotor sebab air bocor dan kerusi tidak cukup untuk pesakit.

Tambah wanita itu lagi, apa yang dilihatnya menimbulkan rasa sedih apabila memikirkan sektor kesihatan di negara ini seolah-olah diabaikan.

Ramai netizen bersetuju dengan wanita itu dan meluahkan kekecewaan masing-masing terhadap tindakan kerajaan yang didakwa tidak melakukan penambah baikan sewajarnya.

Betul, dengan meja daif kerusi daif. Laptop komputer pun tak ada. Atas kepala kotak elektrik penuh wayar. Dinding pun memang hampir nak roboh.

Seorang individu pula menyuarakan kemusykilannya tentang isu tersebut dan tertanya bagaimana menteri yang membuat lawatan ke hospital itu merasakan tiada penambah baikan perlu dibuat.

keadaan daif kecemasan HKL keadaan daif kecemasan HKL keadaan daif kecemasan HKL keadaan daif kecemasan HKL

Seorang wanita bagaimanapun berkata penambah baikan ada juga dilakukan sedikit demi sedikit dan sudah tentu ia akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya ia sudah dimulakan.

Tulis seorang individu lain, jabatan kecemasan hospital itu kini dikatakan sedang diubah suai dengan ruangan setiap zon diluaskan dan beberapa ruang lain untuk memberi keselasaan kepada orang ramai.

kecemasan HKL sedang renovate kecemasan HKL sedang renovate

keadaan kecemasan HKL

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kanser pankreas
4 weeks ago

Tunggu Berjam-Jam, Wanita Kecewa Pihak Hospital 'Sidai' Adik Hidap Kanser Pankreas Tahap 4 - "Banyak Karenah Tak Masuk Akal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...