Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Da’i Wan Dazrin Buat Servis Cuci Kereta Percuma Untuk Golongan Ustaz, Ulama

Bertindak membuat keputusan untuk mencuba nasib menceburi perniagaan dalam industri permotoran, Da’i Wan Dazrin kini dilihat mula melangkah dari dunia pendakwahan ke bidang bisnes.

Katanya, beliau kini sibuk mengusahakan perniagaan dengan membangunkan sebuah butik kecantikan kereta dan motosikal di Kangar, Perlis. 

Advertisement

“Jangan ingat seorang ustaz muda dan penceramah bertauliah tidak boleh memiliki impian untuk membuka sebuah ‘pusat kecantikan’ kereta dan motor. Kita berimpian, Allah mengizinkannya menjadi kenyataan. Doakan, agar ia menjadi salah sebuah hub kecantikan kereta dan motor terbesar di Perlis.”

Dedah Da’i Wan lagi, beliau juga turut menyediakan perkhidmatan mencuci kenderaan secara percuma kepada mana-mana individu yang bergelar ahli agama.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin)

“Saya juga ingin memaklumkan, mana-mana ustazah, ustaz, alim ulama yang hadir ke Perlis untuk berceramah, singgah di kedai saya untuk memberi basuhan kereta secara percuma. Saya ingin berbakti kepada asatizah kita dengan apa yang saya mampu sediakan.”

Namun demikian, dirinya juga dikatakan tidak dapat menjawab segala pertanyaan umum mengenai fiqah yang sering diterimanya daripada pengikut di laman sosial. 

“Saya benar-benar kesibukan kini. Nanti bila perniagaan dah berjalan lancar saya akan kembali semula memberi perkongsian di media sosial dan mengikuti segala urusan semasa kita. 

Sekadar informasi, Da’i Wan difahamkan memulakan perniagaan ini kerana mahu membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan pada anak-anak muda Islam ketika ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top