Da’i Syed Terbit Buku ‘Love Story’ Dengan Hana Ismail, Harap Dapat Jadi Panduan Untuk Orang Yang Cari Jodoh

Hiburan

Da’i Syed Terbit Buku ‘Love Story’ Dengan Hana Ismail, Harap Dapat Jadi Panduan Untuk Orang Yang Cari Jodoh

Pendakwah selebriti, Da’i Syed khabarnya telah menerbitkan buku 7 Hari Istikharah sebagai lambang cinta terhadap isteri kesayangan, Hana Ismail.

Malah, turut meraikan kejayaan menerbitkan buku tersebut, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalulail,28, akan menghadiahkan sebuah motosikal berharga hampir RM20,000 kepada pembeli bertuah.

Advertisement

Motosikal itu saya baru beli sekitar bulan puasa yang lalu. Memang sayang, tapi ada juga terfikir untuk jual semula.

Tapi isteri cakap lebih baik berikan sebagai hadiah. Apa salahnya saya kongsikan benda yang saya sayang untuk orang yang telah beri sokongan selama ini. Tetapi nak dapat ada syarat.

Difahamkan, motosikal jenis Daytona 350CC itu juga telah diubah suai dan menelan belanja sehingga RM10,000.

Ia akan dijadikan hadiah utama buat pemenang cabutan bertuah pembeli buku karyanya yang akan diumumkan sekitar Oktober nanti.

Buku ini menceritakan tentang pertemuan saya dan isteri. Dalam tempoh singkat kami kenal dan berkahwin.

Sepanjang tempoh itu ada sesi taaruf dan kami lakukan istikharah sebelum berkahwin. Perkara itu yang ingin saya sampaikan kepada pembaca.

Da’i Syed juga berharap buku itu bakal dijadikan panduan dan rujukan buat mereka yang masih mencari jodoh di luar sana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amelia aedy
1 year ago

[TRENDING] Amelia Henderson & Aedy Ashraf Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...