Da’i Syed Fail Rayuan Penangguhan Hukuman, Kelibat Hana Ismail jadi Tumpuan

Berita

Da’i Syed Fail Rayuan Penangguhan Hukuman, Kelibat Hana Ismail jadi Tumpuan

Pendakwah selebriti, Da’i Syed memfailkan rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Terdahulu pada Januari lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas beliau didapati bersalah atas pertuduhan tersebut. Keputusan itu dibuat selepas prosiding penuh perbicaraan yang berlangsung sebelum ini.

Advertisement

Kes berkenaan terus mendapat perhatian ramai memandangkan statusnya sebagai figura awam. Permohonan penangguhan itu akan diputuskan oleh mahkamah sama ada dibenarkan atau sebaliknya sementara rayuan penuh didengar. – Buletin TV3

Perkembangan terkini :

Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, dibebaskan sementara  hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuan.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azmi Ariffin bersama Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid.

Sejurus selepas tamat prosiding, Hana dilihat memeluk suaminya yang memakai baju berwarna oren.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-23 11:49:23

Rayuan Ditolak, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & Tiga Sebatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tiktok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...