Bekas isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin tampil meluahkan rasa terkilan apabila ada sesetengah netizen cuba menjadikan bekas suaminya itu bahan jenaka berikutan kes kontroversi curang yang melibatkan penyampai radio Shuk Sahar, baru-baru ini.
Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi menganggap tindakan individu tersebut sebagai tidak wajar apabila mereka telah menyenaraikan Da’i Farhan sebagai contoh lelaki yang berlaku curang terhadap isteri.
Meskipun begitu, Erin berkata dia tidak mencuba untuk mempertahankan maruah bekas suaminya itu kerana masih wujud perasaan sayang atau cinta namun hanyalah kerana masih punya belas kasihan dan tidak sampai hati melihatkan perkara seperti itu terjadi.
“Baik buruk semua campur hentam semua sekali. bergurau dengan menjatuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video bodoh ini. Yang buat video tulis ciri-ciri lelaki curang tu pergi letak muka Ustaz Farhan. Dia tak curang pun. Situasi Shuk dengan situasi Farhan tu tak sama langsung.”
Dia dilihat turut memuat naik beberapa sedutan video pendek kompilasi TikTok yang menunjukkan perbandingan lelaki curang dan setia di mana terpapar wajah Da’i Farhan dalam video tersebut.
Tambah Erin lagi, meskipun pernah hidup bermadu buat seketika cuma, dia menyifatkan pendakwah selebriti itu sebagai seorang yang bertanggungjawab dan adil.
@entahsyapetahLelaki curang vs lelaki setia #fyp #fyp?? ???? ??? – ?? – k-??
Katanya lagi, dia juga merasa amat terkilan kerana ramai orang telah menyalah gunakan platform media sosial untuk dijadikan tempat mencaci dan menghina orang lain.
“Yang setia tu sebab tak diuji macam tu. Jangan pula sebab korang dok puji-puji sangat yang setia tu menjadi asbab Allah bagi ujian curang pula pada yang setia tu.”
Mengimbas kembali, Dr. Erin yang merupakan seorang ibu tunggal kepada lapan orang anak telah mencetuskan kontroversi apabila dia dilaporkan telah bernikah secara rahsia bersama Da’i Farhan di Mekkah sebagai isteri kedua sebelum bercerai tidak lama kemudian.