Written by Bella | December 2nd, 2019

Kontroversi Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkahwin kali kedua dengan seorang doktor yang juga ibu tunggal anak lapan hangat diperkatakan selepas timbul dakwaan dia menikah secara senyap ketika isteri pertamanya sedang sarat hamil anak kedua mereka. Perkahwinan itu juga dikatakan tidak diredhai oleh isteri pertamanya.

dai farhan

Terbaru, Farhan mendedahkan sebelum ini 18 orang wanita berhasrat untuk menjadi isteri keduanya namun dia terpaksa menolak kerana tidak ada keperluan untuk berkahwin lagi.

Namun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menolak takdir dan ketentuan Allah SWT yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke 19 yang kini sudah bergelar isteri keduanya. Penyatuan cinta mereka disifatkan begitu indah sekali.

 

 

Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun, semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita yang ke 19 ini membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.

Masyaallah, auranya membuatkan saya terkenang kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah.

isteri pertama dai farhan Menjawab segala spekulasi dan persoalan netizen berkaitan hati isteri pertamanya yang terluka dan tidak meredhai perkahwinan kedua tersebut, Farhan menegaskan isteri pertamanya itu berfikiran terbuka mengenai konsep berpoligami kerana wanita itu sendiri pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.

Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu. Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

dai farhan

Farhan dan isteri keduanya diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Pasangan ini kemudiannya telah mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober lepas di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Sumber Berita & Video : mStar Online

59 responses to Da’i Farhan Dedah 18 Wanita Minta Jadi Isteri Kedua

  1. Anonymous says:

    hahahahhaaa, aduiiii, muka pecah mcm ni pun sampai 18 org nak jadi bini no 2 ke.. eehhh aku syak dia ni ada penyakit mental, kalau aron aziz aku tak heran la, atau syed muzafar boleh la juga diterima akal.. wakakakaakkkkk.. gelakk gelakkkk

  2. Muntahkehijauan says:

    Tolong la. Geli weh. Serious

  3. Perasangile says:

    Euuww meluat!

  4. Muka kambing gatai pun nak says:

    18 betina yang patut jumpa pakar sakit jiwa .

  5. yeekkkk says:

    geli aku tengok muka mamat ni.. cerita kat orang mcm bini dia tu jahat sangat.. ko la punce bini ko meluah kat ches al maliki tu.. kalu ko tak buat slack tak jadi mcm ni la bingai.. kita tengok kat court sapa menang

Tinggalkan Komen Anda Di Sini