Kontroversi Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkahwin kali kedua dengan seorang doktor yang juga ibu tunggal anak lapan hangat diperkatakan selepas timbul dakwaan dia menikah secara senyap ketika isteri pertamanya sedang sarat hamil anak kedua mereka. Perkahwinan itu juga dikatakan tidak diredhai oleh isteri pertamanya.
Terbaru, Farhan mendedahkan sebelum ini 18 orang wanita berhasrat untuk menjadi isteri keduanya namun dia terpaksa menolak kerana tidak ada keperluan untuk berkahwin lagi.
Namun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menolak takdir dan ketentuan Allah SWT yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke 19 yang kini sudah bergelar isteri keduanya. Penyatuan cinta mereka disifatkan begitu indah sekali.
Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun, semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita yang ke 19 ini membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.
Masyaallah, auranya membuatkan saya terkenang kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Menjawab segala spekulasi dan persoalan netizen berkaitan hati isteri pertamanya yang terluka dan tidak meredhai perkahwinan kedua tersebut, Farhan menegaskan isteri pertamanya itu berfikiran terbuka mengenai konsep berpoligami kerana wanita itu sendiri pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.
Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu. Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Farhan dan isteri keduanya diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Pasangan ini kemudiannya telah mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober lepas di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.