Written by Irsa | December 13th, 2019

Umum mengetahui tentang kisah rumah tangga di antara Da’i Farhan bersama bekas isterinya dan isteri baru. Sepanjang gosip ini berlangsung, ramai betul netizen yang meninggalkan kata-kata cacian terhadap pendakwah itu.

Dengar cerita, lelaki itu mungkin akan menerima hukuman atas kesalahan melakukan poligami luar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

da'i farhan

Perbuatannya menceraikan isteri pertama dan melangsungkan perkahwinan kedua tanpa kebenaran mahkamah itu menyebabkan denda itu boleh dijatuhkan ke atasnya, kata rakan baik bekas isteri Farhan iaitu Ches Al Maliki.

Kesalahan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bukan itu sahaja, perbuatan pendakwah tersebut yang membawa imej agama Islam secara tidak langsung telah mencalarkannya kerana perbuatan serta ungkapannya yang membuatkan agama suci tersebut dipandang hina.

ches maliki saman da'i farhan

Laporan itu telah dibuat di bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam baru-baru ini.

Dengar cerita, permohonan maaf yang dituntut oleh Ches Al Maliki masih belum diterima daripada Da’i Farhan walaupun sudah melepasi tempoh 24 jam yang diberikan.

Sumber: Gempak.com

17 responses to Da’i Farhan Boleh Dihukum Penjara Tidak Lebih 6 Bulan Kerana Berpoligami Tanpa Kebenaran Mahkamah

  1. ikan says:

    takdenye kena penjara, kes lalok dadah pastu berperangai bodoh di khalayak ramai pun kata nak penjara tapi ditangguh2kan pulak.

  2. Asna says:

    semua orang sakit hati corse 848 bukan penulis je oii

Tinggalkan Komen Anda Di Sini