Umum mengetahui tentang kisah rumah tangga di antara Da’i Farhan bersama bekas isterinya dan isteri baru. Sepanjang gosip ini berlangsung, ramai betul netizen yang meninggalkan kata-kata cacian terhadap pendakwah itu.
Dengar cerita, lelaki itu mungkin akan menerima hukuman atas kesalahan melakukan poligami luar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Perbuatannya menceraikan isteri pertama dan melangsungkan perkahwinan kedua tanpa kebenaran mahkamah itu menyebabkan denda itu boleh dijatuhkan ke atasnya, kata rakan baik bekas isteri Farhan iaitu Ches Al Maliki.
Kesalahan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bukan itu sahaja, perbuatan pendakwah tersebut yang membawa imej agama Islam secara tidak langsung telah mencalarkannya kerana perbuatan serta ungkapannya yang membuatkan agama suci tersebut dipandang hina.
Laporan itu telah dibuat di bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam baru-baru ini.
Dengar cerita, permohonan maaf yang dituntut oleh Ches Al Maliki masih belum diterima daripada Da’i Farhan walaupun sudah melepasi tempoh 24 jam yang diberikan.