Written by Irsa | December 5th, 2019

Tak habis lagi kemelut rumah tangga yang melibatkan Da’i Farhan serta bekas isteri dan isteri barunya. Kebanyakan netizen yang mengikuti kisah ini nyata menyelar tindakan tidak bertanggungjawab penceramah terkenal tersebut.

Menerusi kenyataan terbaru lelaki itu, dia menjelaskan bahawa sudah melakukan solat istikharah selama seminggu sebelum mencapai keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain melalui pesanan suara di aplikasi Whatsapp.

dai farhan bahagia sudah bercerai

Sejurus itu, dia memuat naik satu entri menceritakan perihal rumah tangganya di laman Facebook sebelum memadamnya semula tidak lama selepas itu.

dai farhan bahagia sudah bercerai

Katanya, dakwaan dia mengasari Fatin adalah tidak benar kerana wanita tersebut yang mencederakan dirinya sendiri dan ‘berdrama’ seperti dia adalah mangsa penganiayaan.

Bermula dengan kisah di satu malam, saya mengambil telefon bimbitnya di dapur untuk mencari sebuah jawapan. Lalu saya masuk ke bilik dan kunci pintu, maka mengamuklah dia bagai jantan kerana tahu akan terbuka segala aibnya.

Dia memukul pintu bilik sekuat hati selama hampir 15 minit, sampai lebam-lebam tangannya. Tahu-tahu dia buat report polis, katanya dipukul oleh suami dan dikurung oleh suami. Sudah-sudahlah ustazah Fatin ye.

Penceramah itu juga meminta para netizen supaya menilai insiden itu menggunakan akal fikiran selain meluahkan bahawa dia sejujurnya bahagia dengan perpisahan ini.

Dalam pada itu, Fatin mendedahkan bahawa dia dan keluarganya sedang menguruskan proses penceraian menggunakan saluran yang betul dan secara tertutup.

dai farhan bahagia sudah bercerai

Wanita itu turut memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung akibat daripada hal tersebut.

Pertamanya janganlah dikecam kesilapan yang berlaku tapi sama-sama kita mengambil hikmah yang baik kerana tiada manusia yang sempurna termasuklah diri saya. Ambillah pengajaran yang baik, dan buanglah saki baki yang tidak baik itu jauh-jauh.

Memaafkan itu akhlak yang mulia walaupun tidak mampu melupakan, Maafkanlah.

Isteri baru Da’i Farhan turut meluahkan rasa kesalnya kerana dicaci oleh netizen kerana status sebagai isteri kedua. Tapi dia kembali ceria apabila membayangkan mempunyai anak bersama suaminya nanti.

dai farhan bahagia sudah bercerai

Diharapkan Fatin sentiasa tabah menghadapi dugaan ini dan diharap juga Da’i Farhan kekal bahagia bersama wanita ‘Kaabah’nya.

Sumber: mStar Online

32 responses to Da’i Farhan Bahagia Sudah Bercerai, Bekas Isteri Maafkan Tapi Tak Mampu Melupakannya

  1. Miu says:

    Bangsat.perempuan tu sesuatu sangat.lantak la dia..nampak sangat.bullshit

  2. Penunggang Agamawan says:

    bagus da’ie wan dah give up dgn mamat ni.
    celaka btol 18-19 ni.
    last2 pakai agama sebab berpisah.

  3. Anonymous says:

    eeeeeee…sibuk nak keluar statement ye ustaz..sy ni kalau letak kat tempat bini pertama pon sy buat komplot..ko pikir tak ustaz kenapa ex bini buat komplot? sbb ko gatal pegi menikah dgn perempuan lain..sebelum ko menikah dengan perempuan lain tu ada ke bini pertama ko buat komplot hanattttttttt? ko yg start benda ni semua pastu nak suruh masyarakat menilai.. diri ko pon ko tak pandai nilai! bagusla..ko pon bukan baik mane..dah jadi suami doktor pegi la nasihat bini baru ko jgn keluar statement pape..pegi suruh sabar..ko pon tak pandai nak jaga bini baru..biar kan je mulut lancang die, tgn lancang die taip statment.. ko pon dr segi penulisan same lancang..kemain nak hina2 org..ex bini ko elok je keluar statement elok2.. bodoh bingai laki bini ni.

  4. Anonymous says:

    Diam lah!
    Makin keluar statement makin sengal. Dua ekor ni mmg padan sangat.
    Mula2 tahu depa dua ekoq ni Kawin, aku erkk.. but dari buat maksiat elok Kawin walaupun no2. Bila pi cerai yg no1, mmg tak boleh harap dua ekoq ni. Aku cuma minta korang berdua, guling2 lah dlm kebahagian. X payah share anything. Buat orang lain berdosa keji korang.

  5. Anonymous says:

    Pengecutnya agamawan ini. Kerana duit jadi lelaki dayus pengecut.
    Bini pun pembohong doktor konon ramai juga bini no 2 tapi dihormat tapi ini geng hana,izreen,hanez dan wan sakinah konon org marah jadi bini no 2 maka dari gaya mereka yg jahanam

Tinggalkan Komen Anda Di Sini