Da’i Farhan Bahagia Sudah Bercerai, Bekas Isteri Maafkan Tapi Tak Mampu Melupakannya

Hiburan

Da’i Farhan Bahagia Sudah Bercerai, Bekas Isteri Maafkan Tapi Tak Mampu Melupakannya

Tak habis lagi kemelut rumah tangga yang melibatkan Da’i Farhan serta bekas isteri dan isteri barunya. Kebanyakan netizen yang mengikuti kisah ini nyata menyelar tindakan tidak bertanggungjawab penceramah terkenal tersebut.

Menerusi kenyataan terbaru lelaki itu, dia menjelaskan bahawa sudah melakukan solat istikharah selama seminggu sebelum mencapai keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain melalui pesanan suara di aplikasi Whatsapp.

Advertisement

dai farhan bahagia sudah bercerai

Sejurus itu, dia memuat naik satu entri menceritakan perihal rumah tangganya di laman Facebook sebelum memadamnya semula tidak lama selepas itu.

dai farhan bahagia sudah bercerai

Katanya, dakwaan dia mengasari Fatin adalah tidak benar kerana wanita tersebut yang mencederakan dirinya sendiri dan ‘berdrama’ seperti dia adalah mangsa penganiayaan.

Bermula dengan kisah di satu malam, saya mengambil telefon bimbitnya di dapur untuk mencari sebuah jawapan. Lalu saya masuk ke bilik dan kunci pintu, maka mengamuklah dia bagai jantan kerana tahu akan terbuka segala aibnya.

Dia memukul pintu bilik sekuat hati selama hampir 15 minit, sampai lebam-lebam tangannya. Tahu-tahu dia buat report polis, katanya dipukul oleh suami dan dikurung oleh suami. Sudah-sudahlah ustazah Fatin ye.

Penceramah itu juga meminta para netizen supaya menilai insiden itu menggunakan akal fikiran selain meluahkan bahawa dia sejujurnya bahagia dengan perpisahan ini.

Dalam pada itu, Fatin mendedahkan bahawa dia dan keluarganya sedang menguruskan proses penceraian menggunakan saluran yang betul dan secara tertutup.

dai farhan bahagia sudah bercerai

Wanita itu turut memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung akibat daripada hal tersebut.

Pertamanya janganlah dikecam kesilapan yang berlaku tapi sama-sama kita mengambil hikmah yang baik kerana tiada manusia yang sempurna termasuklah diri saya. Ambillah pengajaran yang baik, dan buanglah saki baki yang tidak baik itu jauh-jauh.

Memaafkan itu akhlak yang mulia walaupun tidak mampu melupakan, Maafkanlah.

Isteri baru Da’i Farhan turut meluahkan rasa kesalnya kerana dicaci oleh netizen kerana status sebagai isteri kedua. Tapi dia kembali ceria apabila membayangkan mempunyai anak bersama suaminya nanti.

dai farhan bahagia sudah bercerai

Diharapkan Fatin sentiasa tabah menghadapi dugaan ini dan diharap juga Da’i Farhan kekal bahagia bersama wanita ‘Kaabah’nya.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...