Dahulukan ‘Refund’ ‘Kaki Kipas’? Kim Seri Mengamuk Diserang Netizen – “Teruskan Panggil Saya Penipu!”

Kehidupan

Dahulukan ‘Refund’ ‘Kaki Kipas’? Kim Seri Mengamuk Diserang Netizen – “Teruskan Panggil Saya Penipu!”

Pempengaruh media sosial, Kim Seri akhirnya bersuara berhubung dakwaan segelintir pihak yang menuduh dirinya hanya memulangkan wang kepada segelintir mangsa tertentu sahaja.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa jumlah bayaran balik yang dipaparkan menerusi tangkap layar mesej tidak didedahkan secara terbuka.

Advertisement

Kenapa tutup jumlah refund?, Ya, buka dan tutup pun ia tetap akan menjadi perdebatan netizen. Cukuplah orang tahu saya sudah buat refund. Sedikit atau banyak, saya dan mangsa sahaja yang tahu.

Mengulas lanjut, Kim Seri turut menyangkal tuduhan bahawa dia hanya mendahulukan bayaran balik kepada mangsa yang bersikap baik atau memujinya. Menurutnya, keutamaan ketika ini diberikan kepada mangsa yang terlibat dalam trip bulan Disember.

“Dia dahulukan mangsa-mangsa yang husnuzon je dengan dia, yang mengipas dia, cakap elok dengan dia, dia refund la’ – Buat masa ini saya dahulukan mangsa trip bulan 12 dahulu. Yang baik dengan saya? Tidaklah mana ada mangsa yang tidak marah dengan saya. Cuma, saya dahulukan mangsa yang walau marah, tetap doakan saya.

Katanya lagi, dia lebih memilih untuk mengutamakan mangsa yang tidak menyebarkan fitnah serta memberi ruang untuknya mencari rezeki.

Beri ruang pada saya, tidak menghalang saya mencari rezeki, tidak memfitnah saya di media sosial. Tidak adil jika saya mengenepikan mereka yang seperti ini.

Dalam nada tenang namun tegas, Kim Seri juga memaklumkan bahawa dia tidak kisah jika masih ada yang terus melabelnya sebagai penipu.

Terdahulu, nama Kim Seri menjadi perhatian selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan membabitkan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikendalikan olehnya. Difahamkan jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 hours ago

Kenyataan 'Baru Sahaja Cerai' Punca Nur Fazura Dilabel 'Psycho'? Ini Respon Tuan Badan - "Tak Mustahil Ujian Sebegini.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...