Dahulu Dikutuk Tetapi Kini Diikut, Samsung Ikut Jejak Langkah Apple Membuang Port Headphone Jack Pula

Teknologi

Dahulu Dikutuk Tetapi Kini Diikut, Samsung Ikut Jejak Langkah Apple Membuang Port Headphone Jack Pula

Samsung yang dahulunya gemar memerli produk Apple kini perbuatan itu seakan memakan diri. Mana tidaknya, sekarang ini Samsung sibuk menyembunyikan segala bukti yang mereka pernah memerli Apple di dalam iklan mereka.

Sebelum ini pada tahun 2017, iklan dari Samsung yang berjudul ‘Growing Up’ ada memerli Apple kerana ‘membuang’ port headphone jack. Tetapi kini, tindakan itu seolah ‘menjilat ludah sendiri’ kerana Samsung Note 10 juga mengikut jejak langkah yang sama.

Advertisement

Samsung baru memperkenalkan model terbaru Note 10 dimana ianya tidak didatangkan dengan 3.5 mm headphone jack. Keputusan berani Samsung ini mengejutkan ramai pihak yang rata-ratanya teringat kembali pada iklan ‘Growing Up’ pada tahun 2017 itu.

lelaki dan perempuan sedang menggunakan telefon dari apple
Di dalam iklan tersebut menunjukkan pengguna Apple yang kecewa dengan limitasi penggunaan telefon tersebut sejak berzaman dan kemudian membuat pilhan untuk menukar kepada Samsung.

Dikhabarkan juga, kebanyakan iklan yang pernah dibuat untuk ‘memerli’ Apple juga sudah dipadam dari akaun Youtube Samsung. Iklan tersebut juga sudah dibuang dari laman Samsung Mobile USA yang mempunyai hampir 1.8 juta pengikut dan juga akaun utama Samsung.

Tetapi yang pastinya video tersebut sudah pun tersebar luas di seluruh negara. Untuk yang tidak pernah menonton lagi, anda bernasib baik kerana Samsung Malaysia belum memadam iklan ini dari akaun mereka.

 

Sumber: Business Insider

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...