“Dahlah Menangis Tak Dapat Anugerah, Ciplak Karya Orang Pula..” – Baby Shima Nasihat Zhiddin Aziz Jaga Tepi Kain Sendiri

Hiburan

“Dahlah Menangis Tak Dapat Anugerah, Ciplak Karya Orang Pula..” – Baby Shima Nasihat Zhiddin Aziz Jaga Tepi Kain Sendiri

Hangat menjadi bualan netizen sekarang, Zhiddin Aziz dibidas penyanyi Baby Shima apabila didapati personaliti media sosial itu diketahui telah menciplak teks pidato juara dunia ketika berucap di sebuah acara.

Baby Shima yang sebelum ini pernah menjadi mangsa dari content Zhiddin, telah memuat naik sebuah screenshot daripada artikel yang menyatakan Zhiddin telah meniru pidato orang lain tanpa memberi kredit.

Advertisement

Dahlah menangis tak dapat anugerah. Lepastu ciplak karya orang pula tu. Patutlah tak boleh menang anugerah.

Lain kali jangan sibuk hal orang. Padan muka.

Jagalah tepi kain sendiri jangan sampai terselak.

ssSumber : Instagram  

Bertubi-tubi penyanyi ini mengkritik influencer tersebut dek kerana panas hati pernah dikecam netizen berpunca dari  Zhiddin sebelum ini. Dalam hantaran yang sama, penyanyi ini juga mengingatkan agar individu tersebut tidak lagi sibuk tentang hal orang lain sekiranya diri sendiri pun belum tentu betul.

Bukan itu sahaja, seolah-olah telah dipendam lama, Baby Shima juga turut memuat naik sebuah video yang merungkai kritikan Zhiddin terhadapnya. Dirinya juga menasihati abang kepada Zhiddin supaya mengingatkan adiknya untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zhiddin ciduk
1 year ago

"Kalau Kena Kat Dia, Laju 'Delete'.." - Zhiddin Aziz Didakwa Ciplak Karya Orang, Tiru Bulat-Bulat Teks Persembahan Jurulatih Pidato

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...