Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dahi Cedera Hingga Terbelah, Pelakon Shima Anuar Enggan Ke Klinik Kerana Takut Dijahit

Pelakon Shima Anuar memberitahu dia hampir pitam setelah keluar dari bilik air dan telah mengalami kecederaan di bahagian dahi akibat terhantuk bucu tajam pada pagi jumaat yang lalu.

Shima atau nama sebenarnya, Noor Hashimah Anuar,29, berkata dia menyedari bahawa dahinya telah mengalami pendarahan namun tidak pasti bagaimana kejadian malang itu berlaku.

Dalam pada itu, Shima turut memberitahu bahawa dia enggan ke hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan kerana takut dijahit.

Advertisement

Shima dilihat telah memuat naik kejadian terbabit menerusi akaun Instagramnnya, baru-baru ini. Dia turut berterima kasih atas doa peminat yang mendoakan kesejahteraannya.

“Saya baik-baik sahaja, Alhamdullilah, jangan risau. Pagi tadi saya bangun nak pergi tandas lepas tu tiba-tiba nak pitam. Keluar tandas je dah tak larat sangat tak tahu terhantuk langgar apa. Saya tak pergi klinik pun sebab takut kena jahit ke apa ke. Setakat ini semua okay dah. Terima kasih di atas keprihatinan anda semua.”

 

Sekadar info, Shima kini aktif mengusahkan perniagaan makanan iaitu laksam telah mendirikan rumah dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha,44, pada April 2017 lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan sepasangan cahaya mata iaitu Marian Sophia,3 dan Mikhael Imaan yang kini berusia setahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top