October 20th, 2020

Anak sulung kepada pelakon Saharul Ridzwan, Muhammad Luth Ali dilaporkan telah mengalami kecederaan pada bahagian dahi setelah terhantuk pada sebuah bucu meja baru-baru ini.

Dia yang berkongsi berita itu menerusi akaun Instagramnnya itu turut memuat naik foto anaknya yang masih tersenyum meskipun cedera akibat kemalangan itu.

View this post on Instagram

Baru lepas langgar bucu meja. Haih. Bertuahnya anak. Semoga Allah lindungi anak2 kita selalu. Amin Ya Rabb ??

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan) on

“Baru lepas langgar bucu meja. Haih. Bertuahnya anak. semoga Allah lindungi anak-anak kita selalu. Amin ya rabb”

Peminat yang mengikuti perkembangan hidup pelakon terkenal itu rata-rata tampil memberikan tips untuk menyembuhkan luka dan turut berdoa supaya Ali cepat sembuh daripada kecederaan tersebut.

Dalam pada itu, ramai netizen turut memuji kecomelan serta mata Ali yang cantik dan unik. Semoga cepat sembuh, Ali!


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...