“Dah Viral, Dah Protes Baru Ada Tindakan” – Syed Saddiq Bidas Kelewatan Pihak Berkuasa Siasat Kes Buli Zara Qairina

Berita

“Dah Viral, Dah Protes Baru Ada Tindakan” – Syed Saddiq Bidas Kelewatan Pihak Berkuasa Siasat Kes Buli Zara Qairina

Melalui laporan Harian Metro, ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq membidas kelewatan siasatan terhadap kes melibatkan pelajar berumur 13 tahun iaitu Allahyarham Zara Qairina yang disyaki meninggal dunia akibat dibuli.

Syed Saddiq bersuara, kenapa lambat sangat?

Di dalam Dewan Rakyat, Syed Saddiq memperbahaskan kelewatan pihak berkuasa yang menunggu untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Advertisement

Dah viral, dah ada protes, baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden dan polis penyiasat serta buat bedah siasat. Persoalan saya kenapa lambat sangat, perlu tunggu dua tiga minggu baru nak ambil tindakan.

perhimpunan justiceforzara

Syed Saddiq turut meminta pihak berkuasa berhenti dengan sikap tidak mengambil berat terhadap sesebuah kes sehingga kes tersebut dapat litupan media meluas, ada kematian, protes besar-besaran kerana secara realiti, ramai mangsa buli hanya mendiamkan diri biarpun ia memberi impak besar sehingga berpuluh tahun.

Berlaku peningkatan mendadak dalam kes buli di peringkat sekolah

Menurutnya lagi, kadar kenaikan kes membuli di Malaysia sepanjang tahun 2021 hingga 2024, berlaku kenaikan sebanyak 20 kali ganda kes buli di peringkat sekolah.

Syed Saddiq

Sebab itu perlu ada tindakan drastik supaya akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kebangsaan kekal institusi pilihan utama bagi ibu bapa. Ini berlaku disebabkan jurang persepsi negatif ke atas sekolah kebangsaan makin melarat dan teruk.

anak dibuli di sekolah asrama zara
2025-08-11 11:30:05

"Guru Memihak Kepada Geng 7 Orang, Halang Buat Laporan Polis" - Berlaku Di Sekolah Arwah Zara, Wanita Dedah Anak Juga Dibuli Hingga Cedera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...