Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, mendedahkan bahawa dia telah bertemu secara bersemuka dengan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan melibatkan sejumlah wang, selepas tampil mendedahkan isu tersebut di media sosial.
Menurut Abby, dia bersama suami serta beberapa lagi mangsa tampil mencari individu berkenaan di sebuah bengkel di Kajang, lokasi tempat suami suspek bekerja.
Jumlah mangsa terkena lagi banyak dari saya… Sama-sama kami pergi cari scammer tu dekat Kajang. Jumpa ya. Dekat bengkel tempat suaminya kerja.
Tambah Abby, pertemuan itu pada awalnya bertujuan untuk berbincang, namun dia terkilan apabila individu terbabit seolah-olah enggan bertanggungjawab dan cuba menafikan perbuatan.
Konon ajak duduk berbincang. Lepastu minta masa untuk sembang dengan isterinya sebab suaminya kata dia tak tahu apa-apa, tak tahu apa yang isterinya buat sampai ke tahap ini.
Cakap macam tak bersalah je tadi sebab ada kawan seorang ni datang backup.Lepastu yang buat saya geram tadi, dia kata saya pula mengajar orang lain untuk tuntut hak mereka.
Perkara tersebut dikongsikan Abby menerusi satu hantaran di Instagram miliknya. Jelasnya, ramai mangsa mula tampil selepas menyedari mereka ditipu individu yang sama hasil perkongsian Abby di media sosial.
Dalam pada itu, Abby turut meminta bantuan daripada penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, untuk membantu membongkar aktiviti penipuan yang semakin berleluasa di Malaysia.
Harap @capricedaddycap dapat tolong. Teruk berleluasa dah scammer-scammer dekat Malaysia ni. Sedap hidup dengan duit orang… Bila viral buat muka tak bersalah.
Tindakan Abby membuka cerita ini mendapat pujian ramai yang turut berharap agar lebih ramai mangsa tampil membuat laporan dan penipuan seperti ini dapat dibanteras segera.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.