Sedia maklum, sebelum ini timbul satu isu dimana Majlis Sukan Negara (MSN) membuat satu keputusan untuk mengurangkan elaun latihan atlet negara untuk memberi laluan kepada inisiatif memulihkan ekonomi negara selepas dilanda COVID-19.
Bagaimanapun, keputusan mereka itu tidak diterima baik oleh orang ramai, termasuk sekali dari kalangan atlet sendiri yang tidak berpuas hati elaun mereka dipotong dari RM2000 ke RM800 sahaja.
Susulan dikritik ramai, Menteri Belia dan Sukan iaitu Datuk Seri Faizal Azumu memberitahu khabar gembira dimana elaun latihan akan dinaikkan semula.
Elaun latihan untuk pemenang pingat perak Sukan Sea, RM800.00 kpd RM1,500.00 sebulan & untuk pemenang pingat gangsa juga kini dinaikkan, kepada Satu Ribu Ringgit (RM1,000.00) sebulan, berkuatkuasa serta merta.#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA pic.twitter.com/YpoQKV1PHa
— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) January 26, 2022
Tambahan lagi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengarah MSN untuk membuat penambahbaikan dengan kadar segera tentang elaun atlet yang mengikuti program latihan sepenuh masa.
Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Menteri ketika memberikan amanat pada majlis perhimpunan atlet dan jurulatih di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil baru-baru ini.
Biarpun berita tersebut sudah ‘melegakan’ hati sesetengah netizen, namun masih ada juga netizen yang merasakan keputusan itu mampu dibuat dengan cepat kerana sudah tular di media sosial.
Bukan itu sahaja, ada juga yang merasakan kenaikkan elaun yang dibuat oleh MSN masih belum mencukupi untuk kehidupan harian buat atlet-atlet negara itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.