January 28th, 2020

Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan dia tak pernah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Noor Nabila. Sebagai seorang suami dan bapa, Sharnaaz sudah cuba yang terbaik untuk mempertahankan perkahwinannya.

sharnaaz ahmad tiada usaha berdamai

Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak. Sebenarnya usaha itu ada. Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah. Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama.

Alih-alih pada bulan Ogos, iaitu pada hari kelahiran saya dan Jebat, saya menerima surat permohonan cerai dari Nabila. Ketika itu, menitik juga air mata dan apa yang saya fikirkan hanyalah anak, Jebat Jayden Ahmad. Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut.

sharnaaz ahmad noor nabila

Sharnaaz mendedahkan, kemelut rumah tangga mereka bukanlah berpunca daripada  kesalahan besar tetapi keadaan menjadi tegang apabila satu masalah serta kesalahan diungkit berkali-kali.

Saya hormat apa yang berlaku hari ini tapi bukan disebabkan saya. Mungkin ada kesalahan tapi ia hanyalah masalah kecil yang boleh dimaafkan.

sharnaaz ahmad cerai

Biasalah, saya baru kali pertama menjadi bapa. Mungkin ada salah tapi saya perbaiki dan tidak mengulanginya lagi. Namun, jika kesalahan lama diungkit berkali-kali, itu tidak adil.

Terdahulu, Nabila dalam satu kenyataan berkata suaminya itu langsung tidak menunjukkan usaha untuk berdamai demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Ibarat digantung tidak bertali, Nabila mengakui dia sudah tawar hati dan sebolehnya mahu proses perceraian mereka selesai dengan cepat.

Sumber Berita : Astro Gempak

7 responses to “Dah Usaha Selamatkan Perkahwinan, Tapi Kesalahan Lama Diungkit Berkali-Kali – Sharnaaz Ahmad”

  1. I don't care pasal dia mek klate atau kau anti mek klate says:

    tapi cuma nak cakap family dia semua kaya la, tanggung adik beradik dia, sure ke? ?
    Bapak atisha khan, lil miss khan ada villa, rumah kat TTDI saja dah berapa biji, Lofa pulak businesswoman dan ada rumah sendiri.

    P/s: Japgi ni ada yang kata aku kaki jilat dorang haha. Aku cuma jenis yang tak suka orang tokok tambah cerita je walaupun aku bukan top fan orang tu. Facts are facts.

  2. Anonymous says:

    Cari yang sedang-sedang dan sekufu. Kalau nak anak jutawan yg run syarikat berkeuntungan puluhan juta, lebih 50 juta pada 2016, kena la dari segi wang, kesungguhan dan sikap ikut selera famili ni, very high expectation.

    Sharnaz pun agak berada sebenarnya dan educated, carilah orang baru. Insya allah. Semoga tenang Sharnaz.

  3. anti mek klate says:

    mek klate ni kan.
    xsedar diri dah penah jd janda.
    ckp je la nk org kaya, tanggung adik beradik tu

  4. Anonymous says:

    Buatlah usaha baru. Derama pujok nabilah depan masjid tanda anda serious. Drama bersunggoh kaseh kpd nabillah. Drama insaf kesilapan lama dan sumpah janji menjadi suami terbaik. A loving n caring husband

  5. pajura tuhak says:

    lps ni kawen je dgn org biasa sharnaaz, mcm wife shahrul ridzwan tu, founder tudung ke apa, tgk chanel you tube rosix bella tu pun dh tahu, jenis kuat menengking2, bossy ntah hape2 adab kureng

Tinggalkan Komen Anda Di Sini