Pelakon veteran, Mak Wan Latah menjadi mangsa kecaman netizen yang tidak berpuas hati gara-gara dirinya mula menceburkan diri dalam aplikasi TikTok yang lebih signifikan kepada golongan muda.
Ditemui mStar Online, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’adiah Mohd Daud berkata bahawa dia mengunnakan aplikasi itu hanyalah untuk mengisi masa lapang di samping dirinya kini tidak mempunyai tawaran berlakon.
Dia yang kini berusia 62 tahun memberitahu bahawa terdapat segelintir orang berasa tidak senang dengan tindakannya itu kerana faktor umur yang dianggap tidak sesuai untuk bergiat aktif di aplikasi itu.
Saya ada buat video live di TikTok tapi segelintir netizen kecam saya kata dah tua pun main TikTok
Jadi saya nak buat apa sekarang ini pun dah tak boleh, sebab ada sahaja yang akan mengata walhal saya aktif di TikTok bagi mengisi masa lapang selain menonton dan berkongsi video berkaitan agama.
Terdahulu, nama Mak Wan Latah menjadi tumpuan netizen apabila di dikatakan melakukan perkara syirik selain berita pernikahannya yang tidak bertahan lama gara-gara amalan itu.