Sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki dan juga beberapa kanak-kanak dilihat sedang bermain mercun dan meriam yang diubahsuai berlokasi di tepi jalan yang difahamkan Utara tanah air menjadi tular di media sosial hari ini.
Apa yang menjadi bahan bualan netizen adalah apabila sikap sekumpulan individu itu yang tidak mengendahkan orang ramai yang lalu lalang dan menggunakan kemudahan jalan raya itu
ni la org panggil, tua bodo kecik2 xmau mampoih, besaq menyusahkan org. org lalu lalang situ, org tua2 naik moto, tekejut blh berlaku kemalangan. Kalau yang lalu tu ada sakit jantung, Tak ke meninggal.@PDRMsia dah boleh kutip orang ni. pic.twitter.com/1sCW9UJDoH
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 11, 2022
Orang lalu lalang situ, orang tua-tua naik moto, terkejut boleh berlaku kemalangan. Kalau yang lalu tu ada sakit jantung, tak ke meninggal.
Sehubungan dengan penularan video itu, netizen berharap agar pihak berkuasa iaitu polis dapat mengambil tindakan terhadap individu-individu tersebut kerana telah mendatangkan bahaya kepada orang ramai.