Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebelum ini memuat naik ciapan di laman Twitter miliknya mengenai berita kebakaran gedung perniagaan tekstil iaitu Jakel yang berlaku di Shah Alam, Seksyen 7.
Kun fa ya kun! Bila Allah SWT nak tarik balik! Sekelip mata! Hari pertama 2023! Hambik kauuu! Gituhhh puiii.
KUN FA YA KUN ! BILA ALLAH SWT NAK TARIK BALIK ! SEKELIP MATA ! HARI PERTAMA 2023 ! HAMBIKKK KOWWW ! GTHHH PUIII ???????????????????????? pic.twitter.com/PtNQDSrDE4
— Diva AA (@DivaAATersohor) January 1, 2023
Bukan itu sahaja, Diva AA turut menegur cara pemasaran sebuah gedung perniagaan iaitu MYDIN kerana sering memuat naik video memaparkan pengarahnya, Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin yang menari sambil mempromosikan perniagaan mereka di laman TikTok.
Jakel tuhan dah tunjuk! Yang kau? Dah tua sendu dok menggelupur menari TikTok! Muhasabah woii!! Gituhhh puiii.
JAKEL TUHAN DAH TUNJUK ! YG KO ? TETUO SENDUUU DOK GELUPUHHH MENARI TIK TOK ! MUHASABBAH WOIII! GTHHH PUIII ?????????????????? pic.twitter.com/n91wahn3P2
— Diva AA (@DivaAATersohor) January 2, 2023
Tidak mendiamkan diri, MYDIN menerusi akaun Twitter rasmi mereka telah mengesyorkan pengacara berusia 56 tahun itu untuk membeli cermin di gudang mereka.
Menerusi hantaran tersebut, ciapan itu seolah-olah mempunyai ‘double-meaning’ yang meminta agar Diva AA untuk mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum berkata tentang orang lain.
Boleh dapatkan di MYDIN.https://t.co/y9Y07eKW3E https://t.co/9MefiMXnm9 pic.twitter.com/qefaMjSspX
— MYDIN (@MydinMalaysia) January 3, 2023
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut berpuas hati dengan jawapan admin Twitter milik MYDIN yang dikatakan berani membalas kenyataan Diva AA.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.