“Dah Try Tuntut Baby Adham Tapi Staf Tak Nak Lepaskan” – Tunjuk Bukti, Aktivis Dakwa Doktor Bekukan Jenazah Bayi ‘Kaki Spin’?

Kehidupan

“Dah Try Tuntut Baby Adham Tapi Staf Tak Nak Lepaskan” – Tunjuk Bukti, Aktivis Dakwa Doktor Bekukan Jenazah Bayi ‘Kaki Spin’?

Melalui hantaran di Facebook pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai mendakwa pihak Hospital Bersalin Razif (HBR) mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai isu menahan serta membekukan jenazah bayi di hospital terbabit.

Aktivis dakwa pihak hospital ‘kaki spin’?

Kata Wan Cai, doktor di hospital tersebut telah memutar belit cerita serta fakta semata-mata mahu menjaga nama baik dan menutup kesalahan daripada pihak mereka.

Advertisement

Menurutnya lagi, terdapat saksi yang melihat ibu bayi tersebut berada di hospital itu pada 7 Disember sebelum discharged pada 9 Disember.

Pihak sana kata ibu baby Adham mereka tak tahan dan keluar pada hari yang sama. Tapi doktor lupa ada saksi mata yang datang ke hospital sebelum baby dan ibunya dilepaskan pada pagi 9 Disember.

Tunjuk bukti resit bayaran, hari kejadian

Bukan itu saja, malah aktivis terbabit turut memaparkan bukti seperti resit bayaran dan gambar sewaktu hari kejadian.

Kawan satu kerja dah bayar RM663, guna duit sumbangan kilat. Kawan dengan si ayah dah try tuntut baby Adham tapi staf hospital tak nak lepaskan juga. La ni doktor nak spin pakai mesin basuh jenama apa pula?

Sebelum ini, Hospital Bersalin Razif ada mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kejadian sebenar isu berkaitan menahan dan membekukan jenazah bayi di hospital selama 16 hari.

1 week ago

Bapa & Anak Perempuan Sama-Sama Naik Mahkamah Syariah, Kes Tangkap Khalwat Dengan Pasangan Masing-Masing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...