Satu perkongsian TikTok oleh seorang remaja tingkatan 1 telah mencuri tumpuan ramai gara-gara tahap pendidikan yang dilihat sangat teruk dan tidak memberansangkan untuk pelajar seusianya.
Dalam video tersebut, pelajar perempuan itu menunjukkan kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehinya mencatat markah penuh sebanyak 7 per 60.
Soalan taraf mudah dan senang
Kebanyakan bahagian soalan dalam kertas tersebut mencatat markah kosong dan soalan-soalan di dalam kertas tersebut bukanlah berada di tahap tertinggi dan terlihat senang.
Baru aku faham kenapa @brgsjks benci budak sekolah…BRING UPSR AND PT3 BACK!!! pic.twitter.com/4eLjribEi8
— el penat🦋 (@thatavocadoo) January 23, 2024
Perkongsian tersebut kemudiannya dimuat naik kembali ke aplikasi X oleh seorang individu dan kemudiannya mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen.
Netizen gesa kembalikan UPSR, PMR & PT3
Ramai netizen mendakwa tahap pendidikan pelajar masa kini berada di tahap yang membimbangkan dek kerana tiada lagi peperiksaan utama seperti waktu dahulu iaitu UPSR, PMR dan PT3.
Berikutan itu, kebanyakan netizen menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia mengembalikan peperiksaan utama tersebut kepada para pelajar agar dapat mengembalikan daya saing dan kemahiran berfikir mereka.
Dalam pada itu, ibu bapa juga digesa untuk tidak membiarkan anak-anak terlalu bermain dengan media sosial seperti TikTok dan sebagainya.
“Budak budak sekarang kerap sangat main tiktok kononnya mengejar trend, masih bersifat delulu (rasa syok) sedangkan realitinya suatu hari nanti nak cari kerja pun susah. rata rata nak jadi influencer je, entah apalah yang mereka fikir.” komen seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.