Dah Tiga Tahun ‘Single’, Hun Haqeem Belum Terbuka Hati Untuk Cari Teman Wanita

Hiburan

Dah Tiga Tahun ‘Single’, Hun Haqeem Belum Terbuka Hati Untuk Cari Teman Wanita

Pelakon baru yang namanya kini semakin meningkat naik, Hun Haqeem mengakui dirinya masih tidak mempunyai teman wanita sehingga kini.

Hampir 3 tahun ‘single’, Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Hermy mengatakan dia tidak sempat untuk memikirkan soal kekasih kerana terlalu sibuk dengan kerja dalam bidang lakonan.

Advertisement

Mengakui sering terlupa soal cinta dan perhubungan, Hun Haqeem lebih senang untuk memikirkan bagaimana untuk stabilkan diri, menolong keluarga dan pelbagai perkara lagi.

View this post on Instagram

i promise to myself I’ll never let you go, I’ll give you my heart and soul *feeling sikit cewahhh

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem) on

“Bukannya tak nak mencari teman wanita, tetapi pemikiran saya sering berlegar dengan persoalan yang sama. Saya sering berfikir mengenai cara untuk stabilkan diri, bagaimana saya mahu menolong keluarga dan banyak perkara lagi. Bila saya selalu terfikirkan mengenai perkara itu, terkadang saya boleh lupa soal cinta dan perhubungan,”

Hun yang terkenal dengan watak Jekfer dalam drama Kampung People ini turut merasakan tanggungjawab yang digalas sebagai lelaki adalah amat besar sebelum mahu memikirkan soal rumah tangga dan sebagainya.

“Sebagai lelaki, tanggungjawab saya agak besar sebelum mahu fikirkan soal rumah tangga dan sebagainya,”

Dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama komedi Kampung People dan dikatakan bakal terlibat dalam satu program yang akan diberitahunya kelak.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...