Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan memaklumkan dia kini sudah tiada kaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana sudah menyelesaikan hutang tertunggak.
Maklum Rozita, dia kini bebas daripada bebanan hutang dan hanya perlu membayar komitmen pinjaman perumahan.
Memilih untuk mendiamkan diri daripada memberi sebarang kenyataan, Rozita berkata dia memilih cara matang ketika mendepani kontroversi yang melanda dirinya dan keluarga sebelum ini.
Mungkin kali ini saya atasi kontroversi cara berbeza kerana ia melibatkan ahli keluarga iaitu anak-anak. Saya tidak suka. Saya juga rasa tidak perlu untuk memberikan penjelasan kepada sesiapa pun.
Anak saya tidak okay dan mereka jadi hairan mengapa saya boleh jadi sangat tenang.
Saya katakan pada mereka jangan bimbang kerana setiap masalah akan berakhir. Allah tidak akan turunkan ujian jika kita sebagai hambanya tidak mampu menghadapi. Allah ada.
Dia juga mengaku bahawa ramai rakan-rakan mula menjauh semenjak namanya terpalit dengan isu hutang.
Memang ada kawan-kawan menjauhi. Tapi tidak mengapa. Bagi saya, bila Allah turunkan ujian, mungkin Dia mahu jauhkan dari kita daripada seseorang. Caranya adalah dengan membuatkan seseorang itu pergi.
Terdahulu, Rozita dilaporkan telah diisytihar muflis kerana gagal menjelaskan bayaran MARA berjumlah RM 1 juta dan juga LHDN.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.