“Dah Teruk Sangat” – Alami Sakit Tulang Belakang, Ramai Sebak Lihat Zamani Didukung Turun Pentas

Hiburan

“Dah Teruk Sangat” – Alami Sakit Tulang Belakang, Ramai Sebak Lihat Zamani Didukung Turun Pentas

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Azura yang memaparkan penyanyi, Zamani Ibrahim telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 51 tahun itu dilihat masih aktif membuat persembahan walaupun bakal menjalani pembedahan tulang belakang pada awal November nanti.

Advertisement

Namun, apa yang menyayat hati orang ramai apabila melihat Zamani mengalami kesukaran ketika meneruni tangga pentas sehingga terpaksa didukung.

Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi di dataran Rompin.. Kebetulan aku ada dekat situ dan sempat lah rakam..

@azuraudanggalah

Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi di dataran Rompin.. kebetulan aku ada kt situ dan sempat lh rakam.. nk ajak selfie dh tk sampai hati tgk keadaan dia..semuga diangkat segala kesakitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani..#Allahu #sebak #zamanislam_official

? Gerimis Mengundang – Album Version – Slam

Nak ajak selfie dah tak sampai hati tengok keadaan dia.. semoga diangkat segala kesakitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani.

Menjengah di ruangan komen, video berdurasi 27 saat itu telah menerima pelbagai reaksi daripada rata-rata netizen yang meluahkan rasa simpati melihat keadaan terkini vokalis kumpulan Slam itu.

Malah, ada juga segelintir peminat yang menitipkan doa agar pembedahan yang bakal dijalankan oleh Zamani berjalan dengan lancar dan kembali sembuh seperti sedia kala.

Info tambahan, Zamani bakal menjalani pembedahan akibat masalah tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dialaminya sejak 2019.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Banyak Janji Mulut Saja.." - Lama Tak Muncul Di Kaca TV, Rusdi Ramli 'Cuak' Tiada Tawaran Berlakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...