Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kecewa apabila perjalanan pulang pembantu rumahnya terbantut apabila dia ditahan dan tidak dibenarkan pulang kerana tidak lengkap dokumen yang diperlukan.
Difahamkan bahawa meskipun sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19, pembantu rumah Puteri Sarah perlu melakukan ujian calitan PCR (Polymerese Chain Reaction) dan bukannya RTK (Rapid Test Kit).
View this post on Instagram
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof itu di Instagram miliknya baru-baru ini.
Hantar maid pergi airport sebab dia nak balik kampung. Semua dah siap. Swab test, 2 doses completed, permit still hidup. Maid berkobar-kobar nak balik. Sampai airport, maaf puan, kena buat PCR, RTK tidak diterima.
Menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran, Puteri Sarah sempat menasihati mereka di luar sana agar melengkapkan dokumen yang diperlukan sebelum menghantar sesiapa ke luar negara.
View this post on Instagram
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, dan Sumayyah, 2 tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.