October 26th, 2016

Sekitar bulan September lepas, rumah pelakon Remy Ishak telah diserbu pihak polis selepas menerima aduan dadah palsu.

Setelah pemeriksaan dilakukan, pihak polis akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang bukti yang mendakwa terdapatnya dadah di rumah Remy.

Remy juga memberitahu beliau sudah membuat laporan polis berkenaan tuduhan berkenaan tetapi sehingga kini masih tiada tindakan susulan yang di ambil.

Sudah terbukti rumah saya tiada dadah. Jadi, saya tanya pada pihak polis apa yang boleh dilakukan terhadap individu yang membuat tuduhan palsu itu dan saya diminta membuat laporan polis.

Saya sudah membuat laporan polis tetapi sehingga kini tiada tindakan dan jawapan daripada pihak polis walaupun saya kerap kali bertanya.

Menurut Remy, beliau sebenarnya merasa kesal dengan apa yang sudah berlaku meskipun beliau sudah melakukan perkara sepatutnya megikut saluran undang-undang.

Untuk pengetahuan anda, Remy sebelum ini juga pernah menerima ugutan bunuh daripada seorang wanita VVIP kerana menolak ajakan wanita itu untuk bertemu dengannya. Kes itu sekarang telah di serahkan kepada peguam yang dilantik Remy dan diberitahu sudah berada di peringkat akhir.

Pada masa yang sama, Remy turut mengakui kes berkenaan memberikan kesan terhadap kerjaya beliau.  Remy adalah seorang selebriti dan dikenali. Sudah pasti apa sahaja yang dikatakan kepadanya membentuk persepsi masyarakat.

Biasalah bila menjadi artis, pasti ramai yang mahu mengambil tahu dan bila ada fitnah yang ditujukan kepada saya, sudah pasti itu membentuk persepsi.

Walaupun saya sebenarnya tidak terlibat dengan dadah, tetapi nama saya sudah buruk dan sebagai artis, itu sesuatu yang tidak sepatutnya dielakkan.

Bersabarlah Remy, mungkin ini salah satu ujian Allah SWT buat anda. Apa-apa pun, anda tidak boleh cepat mengalah dan haruslah kekal tabah menghadapi segalanya. Bak kata orang, tidak semua orang suka melihat kita berjaya tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...