Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dah Terbiasa..” Bercakap Dalam ‘Slang’ Mat Saleh, Caprice Dikritik Peminat

Caprice

Siapa tak kenal Caprice, penyanyi rap yang tidak henti-henti mencuri perhatian pengguna media sosial dengan video-video nasihat serta kontroversi yang melibatkan dirinya dengan beberapa selebriti terkenal tanah air.

Advertisement

Sebelum ini, Caprice memang terkenal dengan gaya percakapan atau ‘slang’ bahasa Inggeris ketika berinteraksi dengan peminat di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Baru-baru ini, ada peminat yang prihatin tampil bertanyakan penyanyi rap itu mengenai cara sebutan dan percakapannya dalam bahasa ibunda yakni Bahasa Malaysia lebih kedengaran seperti gaya ‘mat saleh’.

Kata Caprice, dia dari kecil sudah terbiasa bertutur dengan cara sebutan berkenaan sejak daripada kecil lagi.

Advertisement

Tak habis-habis orang tanya pasal slang..ya keluar je dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan..oooo susu! Itulah slang saya. Saya cuba yang terbaik! Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia (dulu) lagi teruk!

Jika anda tidak tahu, Caprice dahulunya telah dibesarkan di beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai pegawai diplomat.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Perkembangan terkini, Caprice memaklumkan bahawa dia bakal muncul dengan lagu berjudul Tiger Of Al Quds yang diciptanya bagi tujuan untuk menaikkan semangat anak muda Palestin yang sedang berjuang menentang rejim zionis.

MV lagu Tiger Of Al Quds bakal menemui penonton menerusi laman YouTube pada 10 Oktober nanti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 Comments

  1. anonymous

    October 7, 2021 at 10:07 am

    lanjiaoooo lu

  2. Anonymous

    September 10, 2021 at 4:03 am

    Kepala buto caprice

  3. Anonymous

    September 9, 2021 at 7:57 pm

    Ada sorg kwn ckp mcm tu jugak, but actually, boleh jek diaorg ckp biasa. Saje jek nk npk lain. Aku ddk negara luar da lama, xder la nk slang2 unless br jek blk ke Malaysia dlm sehari dua. Anywho, suka hati la labu..ko nk ckp mcm mane pun janji semayang tu baca Al-Fatihah xder la slang2 yek.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top