“Dah Terbenam Dalam Kulit” – Anak Kena ‘Warded’ Gara-Gara Rambut Gugur Ibu Terlilit Pada Jari

Kehidupan

“Dah Terbenam Dalam Kulit” – Anak Kena ‘Warded’ Gara-Gara Rambut Gugur Ibu Terlilit Pada Jari

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fatima Az Zahra yang berkongsi pengalaman apabila anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam ward gara-gara hair tourniquet syndrome (HTS).

Menerusi hantaran tersebut, dilihat sehelai rambut telah terlilit pada bahagian jari anaknya sehingga menjadikan jarinya bengkak dan membiru.

Advertisement

Malah, menurut Fatima anaknya terpaksa melalui prosedur bagi memotong serta mengeluarkan helaian rambut atau benang yang sudah tertanam di dalam kulit jari anaknya.

baby

Anak saya pula jenis cool je. Demam tak, menangis pun tak. Tiba-tiba jari dah macam ni.

Dalam pada itu, Fatima turut menitip pesanan buat ibu-ibu di luar sana agar sentiasa memeriksa tangan atau kaki anak-anak jika mereka sedang berada di dalam fasa mahu pegang semua barangan.

Bagi ibu-ibu yang rambut gugur, rajin-rajin lah tengok tangan anak tu. Takut terlambat dan jari mati.

baby

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terkejut melihat bagaimana sehelai rambut atau benang boleh melilit begitu ketat pada jari kanak-kanak itu selain mendoakan kesembuhannya.

Kesian kesayangan ni, dia tak nangis langsung.. good girl sangat tak bagi maknya panic – netizen.

Ya Allah.. semoga dipermudahkan urusan.. anak saya suka sangat mengutip semua benda masuk mulut, rambut saya pun banyak gugur.. saya akan lebih alert lepas ni,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tiktok nurse baby jaundice
3 years ago

"Sibuk Bertiktok" - 'Baby' Di NICU Dibiarkan Menangis, Netizen 'Naik Hantu' Lihat Sikap Nurse Bertugas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...