‘Dah Terbang Ke Malaysia Tapi Dipotong Dari Muzik Video Sebab Isteri Vokalis Cemburu’ – Influencer Vietnam

Hiburan

‘Dah Terbang Ke Malaysia Tapi Dipotong Dari Muzik Video Sebab Isteri Vokalis Cemburu’ – Influencer Vietnam

Korang mungkin kenal ataupun tidak dengan seorang influencer popular kacukan Jerman-Vietnam yang bernama Jade Anh. Terkenal dengan kecantikannya, wanita ini dahulu pernah tular di Malaysia kerana berkongsi mesej tidak senonoh lelaki Melayu yang ditinggalkan pada laman media sosialnya.

jade anh

Advertisement

Terbaru, Jade telah membuka cerita mengenai kisah dia yang terbang ke Malaysia bagi menyertai penggambaran muzik video untuk sebuah kumpulan tempatan namun hanya diberitahu pembatalan kemunculannya menerusi mesej.

Lebih mengejutkan apabila alasan dia disunting adalah kerana isteri kepada penyanyi utama band tersebut berasa cemburu dengan plot muzik video yang bakal dilakonkan Jade bersama suaminya.

jade anh

jade anh

jade anh

Wanita itu menjelaskan dia hanya mengetahui babak lakonannya langsung tidak disertakan dalam suntingan akhir muzik video tersebut selepas dia pulang ke Bangkok. Eh?

jade anh

Jelas Jade lagi, dia berasa kecewa kerana terbayangkan penat lelah kru penggambaran yang membina dan merakam plot muzik video itu. Namun ia akhirnya langsung tidak ditayangkan kepada umum.

Bukan itu sahaja, Jade turut berkongsi kisahnya melancong ke Kuala Lumpur di mana ianya berakhir dengan pengalaman yang kurang memuaskan.

jade ahn

Meskipun rata-rata netizen cuba meneka siapakah gerangan penyanyi tersebut namun Jade tidak berkongsi lebih mengenai identitinya.

jade anh jade anh jade anh jade anh jade anh

Siapalah agaknya gerangan vokalis band tersebut kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...