Dah Tempah 10 Pasang Baju Raya? Posing OOTD Raya Anda Di EcoWorld & Menangi Hadiah Kaw-Kaw Best!!!

Hiburan

Dah Tempah 10 Pasang Baju Raya? Posing OOTD Raya Anda Di EcoWorld & Menangi Hadiah Kaw-Kaw Best!!!

Hari ini sudah masuk minggu kedua kita berpuasa. Pejam celik, pejam celik, tup-tup nanti dah nak raya dah. Sepanjang bulan Ramadhan nie, memang kita perlu banyakkan beribadah tapi jangan pulak sampai terlupa nak buat persiapan Aidilfitri nanti, terutamanya baju raya.

1

macam biasa tahun nie Abang Nara sekeluarga akan sedondon lagi. Warna apa tak pilih lagi nie

Buat yang dah beli/tempah baju raya tue, sudah pasti anda dah tak sabar nak ambil gambar OOTD di pagi Aidilfitri nanti kan? Hari ini, Abang Nara nak kongsikan satu benda best iaitu peraduan #BergayaRayaOOTD anjuran EcoWorld. Inilah masa terbaik untuk korang berlatih OOTD di mana-mana projek EcoWorld.

Advertisement

2

Namun untuk geng-geng muda remaja yang suka ambil gambar style hipster, boleh kunjungi mana-mana projek EcoWorld atau pun Labs seperti Ardence Labs, Grandeur Labs dan Spring Labs untuk mendapatkan gambar yang lebih awesome. Paling penting, untuk menyertai peraduan #BergayaRayaOOTD anjuran EcoWorld ini, anda hanya perlu lakukan 3 langkah MUDAH di bawah:-

1. Tangkap gambar #BergayaRayaOOTD di mana-mana projek EcoWorld, termasuk Labs

2. Muatnaik gambar tersebut ke Instagram dengan hashtag #BergayaRayaOOTD dan tag @ewlabs

3. Pastikan akaun anda adalah mod “Public”

4. Follow akaun Instagram @ewlabs

Antara hadiah-hadiah yang boleh dimenangi untuk peraduan #BergayaRayaOOTD anjuran EcoWorld ini ialah:-

Hadiah Pertama: Samsung Galaxy S10

m-img-s10e-prismwhite-01

Hadiah Kedua: Dyson Cyclone V10 Absolute

4

Hadiah Ketiga: Dyson Airwrap™ Styler Complete

5

Hadiah Saguhati: Gaya-Gift Voucher daripada Christy Ng Bernilai RM200 x 5

6

Selain daripada ber”OOTD”, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di ketiga-tiga Labs ini. Nak berbuka puasa kat sini pun boleh, nak hirup udara segar pun boleh, nak bawak anak main-main pun boleh, nak minum kopi pun boleh dan macam-macam lagilah. Ulang balik langkah 1-3 di atas sebanyak mana yang anda mahu. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggilah peluang. Tapi pastikan gambar anda itu unik, kreatif dan menarik.

1. Ardence Labs, Setia Alam

ardence-1

ardence-2

2. Spring Labs, Johor Bahru

1

2

3. Grandeur Labs, Puncak Alam

graneur1

graneur2

Jadi tunggu apa lagi? Bersiap-sedialah dengan baju raya anda dan abadikan gaya anda di mana-mana projek EcoWorld untuk peluang memenangi hadiah-hadiah yang awesome. Sila layari Instagram EWLABS atau web untuk maklumat lanjut tentang contest #BergayaRayaOOTD ini.

Tertakluk kepada Terma dan Syarat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...