Sejak namanya hangat menjadi bualan, Mira yang menjalinkan hubungan bersama View Chin dilihat mendiamkan diri daripada media sosial.
Ketika isu tersebut sedang panas, tiada khabar berita didengari daripada Mira malah dia juga tidak memuat naik apa apa hantaran atau story di Instagram.
Namun, sejak beberapa hari lepas Mira aktif semula di platform tersebut apabila dia kini sudah mula kembali ke pejabat untuk bekerja.
Semalam, dia telah memuat naik video menerusi satu hantaran mempamerkan dirinya sedang bekerja membuat siaran langsung menjual produk air fryer.
Mira dilihat masih lincah dan petah bercakap ketika menjadi hos live TikTok serta turut memaklumkan bahawa dia tidak akan berhenti daripada membuat kerja yang disukainya itu.
Gara-gara terpalit kontroversi menjadi orang ketiga dalam rumah tangga majikannya, ramai menantikan perkembangan terbaru Mira selepas apa yang berlaku.
Buktinya, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi banyak respon daripada netizen di mana rata-ratanya mengkritik Mira dan melabelnya tidak tahu malu.
Ada yang persoal bagaimana dia confident dan tebal muka untuk teruskan kehidupan meskipun selepas perbuatannya bersama View Chin sudah tersebar luas.
Dalam pada itu, sesetengah individu dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Mira dan berharap dia kekal tabah untuk kembali bangkit.