Dah Tanggal Rantai Emas, MK K-Clique Sertai Kelas Agama Bersama Kumpulan Jemaah Tabligh

Hiburan

Dah Tanggal Rantai Emas, MK K-Clique Sertai Kelas Agama Bersama Kumpulan Jemaah Tabligh

Penyanyi rap daripada kumpulan K-Clique, MK khabarnya telah menyertai kelas agama bersama beberapa kumpulan jemaah tabligh, baru-baru ini selama tiga hari.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan,25, difahamkan telah menyertai kelas itu yang bertempat di Jerantut, Pahang.

Advertisement
MK K-CliqueSumber : Instagram MK K-Clique  

Turut serta dalam aktiviti keagamaan itu adalah pelakon Mas Khan juga beberapa orang rakannya. Malah, MK turut berkongsi sekeping foto memaparkan dia sedang menunggang kuda dipercayai sewaktu berada di kelas agama tersebut.

Dalam pada itu, pengurus MK, Kie Razid yang dihubungi media telah mengesahkan mengenai perkara itu dan berkata penyanyi rap tersebut telah mula menyatakan hasrat untuk mengikuti kelas agama sejak tiga minggu yang lalu.

MK CliqueSumber : Instagram Ron Kamisan  

Tambah Kie lagi, MK juga telah menanggalkan gelang emas yang dipakainya di mana telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat. Penyanyi lagu Ciao itu turut menutup telefon bimbitnya dan memilih untuk tidak aktif di media sosial buat sementara waktu.

“Dia sendiri yang nak sertai kelas agama itu. Sepanjang tempoh tiga hari itu dia mengikuti pengajian asas agama termasuklah buat aktiviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai.”

MK K- CliqueSumber : Instagram Ron Kamisan  

Turut dimaklumkan bahawa MK akan pulang ke Kuala Lumpur pada malam ini dan akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.

Manakala pelakon Mas Khan pula yang dihubungi media enggan mengulas lanjut mengenai penglibatannya dalam aktiviti keagamaan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...