Status rumah tangga kakak kepada aktres popular, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin didakwa sudah retak.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan yang bernikah sejak dua tahun lalu itu kini sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka.
Difahamkan, hubungan mereka sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu apabila tidak memuat naik foto atau video bersama di media sosial masing-masing.
Bukan itu sahaja, dakwaan itu lebih kuat dikatakan apabila kelibat Engku Emran langsung tidak kelihatan ketika Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah, semalam.
Sebelum ini, Engku Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Engku Emran juga pernah bernikah dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Manakala, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Info tambahan, Nabila dan Engku Emran telah bernikah pada 19 Mac 2021 lalu.