Dah Tak Terkinja-Kinja, Netizen Puji Aliff Syukri Lebih Matang Dalam Buat Konten – “Papa Nak Jadi Lebih Baik..”

Kehidupan

Dah Tak Terkinja-Kinja, Netizen Puji Aliff Syukri Lebih Matang Dalam Buat Konten – “Papa Nak Jadi Lebih Baik..”

Perkongsian Datuk Seri Aliff Syukri di TikTok kini mula meraih perhatian ramai netizen, yang dilihat semakin menyukai kandungan yang dimuat naik oleh usahawan sensasi itu.

Malah, seorang pengguna turut memuji perubahan positif Aliff — atau lebih dikenali sebagai ‘Papa Laris’  yang kini dilihat lebih tenang dan banyak berkongsi perkara bermanfaat.

Advertisement

Aku saja ke perasan yang tahun 2025 ini Papa Laris sangat bagus, lebih tenang, lebih berakhlak. Seronok follow Papa tahun ini sebab banyak kata-kata nasihat.

Respon kepada pujian itu, suami kepada Datin Seri Nur Shahida ini berjanji untuk menjadi contoh yang lebih baik kepada para pengikutnya, terutamanya apabila usia mencecah 40 tahun.

Papa janji bila nak masuk umur 40 ni, papa akan jadi lebih baik… dan akan jadi contoh terbaik untuk follower Papa. Terima kasih kepada anda yang dah follow Papa dekat TikTok ni. I love you.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut sependapat dan memuji perubahan kandungan yang dikongsikan Aliff, yang kini disifatkan lebih matang dan berisi berbanding sebelum ini.

@papalarisofficial

Membalas kepada @Sakinah Muhammad papa janji bila nak masuk umur 40 ni bapa akan jadi lebih baik.. dan akan jadi contoh terbaik untuk follower papa terima kasih kepada anda yang dah follow papa dekat TikTok ni I love you??

? Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

daging korban
3 weeks ago

(VIDEO) "Bukan Sikit, Banyak.." -Lebih 20kg Daging Korban Dibuang Di Tempat Pembuangan Sampah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...