Setiap orang ada barangan yang disayangi dan mempunyai ‘sentimental value’ tersendiri. Sudah tentunya, banjir baru-baru ini memberi kesan kepada semua mangsa yang terlibat selepas barangan mereka habis rosak.
Seperti seorang wanita ini yang dilihat ‘mengeluh’kerana kerosakan yang berlaku akibat banjir. Video dimuat naik di Twitter itu tular sejak semalam, menunjukkan wanita tersebut diwawancara oleh seorang wartawan.
Namun begitu, ‘keluhan’ wanita berbangsa India itu membuatkan ramai penonton terhibur. Malah ada yang berkata mereka keliru nak tumpang simpati atau terhibur dengan caranya menjawab soalan wartawan.
Ketika itu, dia menceritakan tentang gambar kahwinnya yang rosak selepas semua album tenggelam semasa banjir tempoh hari. Namun, dia masih sempat membuat lawak meskipun sedih apabila gambar kenangan perkahwinannya pada 20 tahun lepas, rosak.
"Habis gambar kahwin, kita mana boleh kahwin lagi sekali. Dah 20 tahun kahwin, sekali je kahwin"
Sis ????? hahaha adoi pic.twitter.com/ZCFMVzBn4P
— Aiyuri (@aiyuri_tissi) December 23, 2021
Kenangan manis dengan suami dan gambar kahwin semua dah hancur…kita mana boleh kahwin lagi sekali kan?”
Baca: Pengantin Batal Majlis Kahwin, Jamu Lauk Kenduri Buat Mangsa Banjir