“Dah Tak Relevan” – Netizen Kritik Standard Penyertaan Peserta Dewi Remaja Kini

Trending

“Dah Tak Relevan” – Netizen Kritik Standard Penyertaan Peserta Dewi Remaja Kini

Pertandingan ‘Dewi Remaja 2025’ mula menjadi bualan netizen apabila barisan peserta tahun ini dikatakan tidak setanding dengan musim-musim terdahulu.

Melihat dari entri yang dimuat naik oleh akaun Remaja sendiri, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa, terutamanya dari segi penampilan, pembawaan diri dan aura keseluruhan para peserta yang dianggap kurang menyerlah.

Advertisement

Perbandingan mula dibuat dengan edisi-edisi terdahulu yang pernah melahirkan nama-nama besar seperti Neelofa, Raysha Rizrose dan Haneesya Hanee. Ramai merasakan calon tahun ini seakan belum cukup bersedia dari segi pakej keseluruhan sebagai ikon remaja masa kini.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan para peserta dan meminta agar mereka diberi peluang membuktikan kemampuan seiring dengan berjalannya pertandingan. Bagi sesetengah pihak, bakat dan karisma tidak boleh diukur dari penampilan awal semata-mata.

Perdebatan ini sekaligus menambahkan perhatian terhadap ‘Dewi Remaja 2025’, yang dijangka terus mencetus reaksi sepanjang siarannya.

2025-07-28 10:41:17

(VIDEO) Menangis Teresak-Esak, Wanita Cantik Tersingkir Uji Bakat Dewi Remaja – “Ingat Kurus & Cantik Dah Confirm Masuk!”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...